Jaga 7 Sunnah Rasul

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Panduan Untuk Kita Semua

70 Dosa-Dosa Besar

1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR) 2. Membunuh Manusia
3. Sihir 4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat 6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan 8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham 10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex 12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim 14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang 16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu 18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam 20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina 22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri 24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT) 26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim 28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri 30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT) 32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak) 34.Tidak Cemburu
35. Cina Buta 36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan) 38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan) 40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir 42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan) 44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu) 46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri) 48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala 50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah 52.Menggangu Tetangga 53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT) 54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik 55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas 57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T 59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media) 61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan 63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T 65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat 67.Menguragi Wasiat 68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain 70.Mencela Nabi dan Sahabat

Bosan aku ....

Setelah hampir 2 bulan aku tak update blog selepas kali pertama aku buat..... baru hari ni baru aku bukak balik.. Dulu semangat berkobar2 nak meluahkan apa2 idea yang penuh dikepala... Tetapi disebabkan kemalasan utk menulis, jadi pending camtu je la... huhuhuhuhuhu... mcm seperti kata2 pepatah.. Hangat Hangat Tahi Ayam ... tapi tak pe.. buat sikit2 je walaupun sikit bergerak... Kadang2 idea nak luah ada .. tp tak tertulis.. mungkin dah tua-tua ni malas nak berayat2 dah kot... lain la ngan zaman muda remaja dulu... Ni aku mula balik pun sbb aku baca blog kawan opis aku... banyak plak idea dia... sonok bila membaca... dia gak yg ajar aku buat.. cuma aku ni jenis malas... apa la nak jadi erk...

Agak bosan bila duk mcm ni aje... kadang2 terasa jeles kat kawan2 yang berkejar2 buat keje.. tapi dah rezki Allah bagi keje relax.. x dinafikan amat bersyukur kerana tidak terbeban ngan tugasan yang byk.. tetapi kebiasaan di jabatan2 sebelum ni sentiasa buat keje .. siap melambak.. tambah ngan OT lagi... outstesen siap tiap2 bulan .. tu la sedikit sebanyak bg kesan bila terasa bosan duk sorang... Duk mengadap internet hari2 pun x tahu nak buat ape.. dah le jenis kureng aku ni...

Hari Bersejarah ... Imbas lagi ni.. ke ke ke

Tanggal 30.12.2004 adalah hari aku menamatkan zaman bujang aku bersama isteri kesygan aku sekarang....
dah Jodoh katakan.. dulu hanya kawan sekelas.. walaupun ada hati nak tekel.. tapi malu sebab dia budak "jurus" tapi aku plak budak 'Boll'ah".. tapi semua telah ditentukan olehNya yang maha esa dan maha segalanya...





Sesi bergambar...
Di arak dari kereta
Majlis menyambut menantu ...
Menanti penuh debaran ... Dgr Khutbah kawin ..
Majlis akad nikah... baca taklik

Imbas Kembali

Ini saja nak imbas kembali kenangan-kenangan lama aku sepanjang hidup... maklum la sebelum ni tak berkesempatan untuk buat.

Masa buat makan-makan ngan family kat umah arwah mak.... laksa terengganu.. best Ni gambor kenangan semasa mengandung Iman... sebelum balik bersalin kat sini...

Kenangan bersama arwah mak dan wife ketika jalan-jalan ke Genting.... Rindu sgt kat mak...

Ni lah 4 beradik yang last dalam family aku

Salam Pengenalan

Bismillahir rahmanir rahim...

Alhamdulillah syukur ke hadratNya .. terbuka pintu hati untuk aku mencuba menda baru pada diri aku walaupun orang lain dah lama melakukannya.. selama ni aku ni memang jenis malas nak mencuba... walaupun aku dah didedahkan sejak belajar dan bekerja dalam dunia it yang boleh memberi kelebihan kepada aku untuk explore semua ni. Mungkin kerana minat yang tidak nampak sebelum ni. Mungkin juga disebabkan aku membutakan hati untuk mencuba.. jadi aku semakin jauh ketinggalan dengan teknologi yang semakin up to date. tapi takpe.. semua itu boleh diubah...